Wednesday, June 2, 2010

VanDaliSmE

Kesan-kesan vandalisme
Vandalisme akan mengundang pelbagai komplikasi.
Antara kesan tersebut ialah :

Imej negara akan tercemar di mata dunia.Hal ini sudah tentu akan menjejaskan ekonomi Malaysia kerana pelancong luar tidak sudi untuk datang melancong ke negara kita akibat keadaan alam sekeliling yang buruk dan sikap rakyat yang tidak berprihatin.Kesannya,industri pelancongan akan merosot.Pada masa yang sama,hal ini akan memberikan kesan yang buruk kepada rakyat negara tersebut.Industri pelancongan menyumbang kepada sektor lain seperti perhotelan.Sektor perhotelan tidak akan mendapat sambutan handal akibat industri melancong yang merosot.Hal ini menyebabkan rakyat menganggur akibat kekurangan sektor pekerjaan .Yang seterusnya,pihak kerajaan akan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membaikpulihkan infrastruktur yang dimusnahkan.


Gambar-gambar menunjukkan vandalisme




Kepada mereka,mungkin melukis gravitti pada dinding sejuk dipandang mata,tetapi tahukah mereka bahawa perkara sebegini hanya mengotorkan dinding .


Perbuatan seperti ini hanya merugikan wang kerajaan kerana mereka terpaksa berbelanja ribuan wang untuk memperbaikinya.Sebaliknya,kita hanya mengoyang kaki,menggunakan kemudahan awam yang disediakan dengan mudah.

Inilah perbuatan manusia yang mengamalkan sikap alpa.Mereka langsung tidak mempedulikan akan perasaan orang lain.Masyarakat hanya mementingkan diri sendiri.Apabila diperlukan,mereka menggunakan kemudahan awam,apabila tidak diperlukan,mereka merosakkannya.Sikap seperti ini hanya seperti pepatah Melayu,'selepas isi dimakan,kepah dibuang'.



Faktor berlakunya Vandelisme

i)PENGARUH MEDIA MASSA

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.


II)PENGARUH RAKAN SEBAYA


Golongon remaja biasanya lebih muda meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya.Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap,nilai dan tingkah laku remaja,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.Kebiasaannya golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam sekumpulan.Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.


iii)SIKAP APATI/ INDIVIDUALISTIK/MATERIALISTIK


Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat.Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud.Menurut kajian,masalah vandalisme banyak berlaku di kawasan bandar.Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal.Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.Oleh itu,remaja merasakan dirinya bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan tanggungjawab terhadap harta benda awam.


IV)IBU BAPA DAN KELUARGA


Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja.Contohnya,ketika memandu ibu bapa membuang sampah di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan.Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif.Selain itu,kurangnya kawalan dan bimbingan merupakan faktor utama remaja terjebak dalam gejala negatif ini.


Langkah-langkah mengatasi vandelisme

i. Penguatkuasaan Undang-undang


Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.(kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.



ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga


Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.



iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.


Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.



iv. Peranan Media Massa


Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa. Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya



*Di ibu negara,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa sedaya upaya utnuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Antivandalisme yang turut dianggotai oleh jabatan dan kerajaan lain.Jawatankuasa Antivandalisme ini telah melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen tersebut.




No comments:

Post a Comment