Thursday, June 3, 2010

Rogol

kesan


Sebagai satu bentuk serangan seksual, rogol boleh menjadi amat dashyat, dan banyak kes serangan seksual berakhir dengan kematian mangsa. Rogol juga boleh mengakibatkan kecederaan fizikal yang serius, termasuk juga kehamilan, dan jangkitan penyakit sebaran seksual. Kesan paling biasa pada mangsa rogol adalah kesan psikologi. Pada masa dahulu, mangsa rogol dan mangsa serangan seksual yang masih hidup, biasanya, didapati terhidap Sindrom Renjutan Emosi Rogol (Rape Trauma Syndrome (RTS)) yang dianggap sebagai sejenis penyakit psikologi pada zaman itu. Sekarang, RTS dianggap sebagai sejenis balasan psikologi dan fisiologi yang biasa dialami oleh seorang mangsa rogol, dan bukan sejenis penyakit psikologi lagi. Ia melibatkan perasaan dosa dan malu, ketegangan, kemarahan, ketidakselesaan pada perut, dan kekadangnya kegundahan. Balasan-balasan yang dialami rapatnya dengan apa jua renjutan emosi yang dialami oleh penghidap-penghidap yang bukan mangsa rogol. Renjutan emosi psikologi telah disebut sebagai salah satu daripada alasan-alasan mengapa rogol sentiasa tidak dilaporkan kepada pihak-pihak berkuasa.

Di negara Barat, rogol yang menggunakan kekerasan dianggap sebagai kes kecermasan. Pegawai perubatan dan undang-undang profesional mengesa mangsa mendapatkan pertolongan untuk melaporkan jenayah dan mendapatkan rawatan. Kecederaan fizikal seperti pendarahan gynekologi (gynecologic hemorrhage) mungkin boleh berlaku. Tambahan lagi, pencegahan hamil yang cemas dan rawatan pencegahan penyakit sebaran seksual mungkin juga diperlu. Pembantu-pembantu perubatan kecemasan dan doktor-doktor terlatih dalam cara-cara menolong mangsa rogol. Ada kemungkinannya bahawa bukti-bukti seumpama sampel DNA yang boleh membantu dalam pendakwaan perogol, dapat dikutip.

Oleh kerana sifat-sifat seksual yang sensitif tentang jenayah rogol, mangsa-mangsa biasanya akan mengalami renjutan emosi psikologi yang serius. Ini memang benar di kalangan masyarakat-masyarakat yang mempunyai adat-adat kelamin yang pantang. Umpamanya, seorang perempuan, terutamanya seorang anak dara yang telah dirogol, dianggap oleh masyarakat sebagai seorang yang "rosak". Mangsa-mangsa akan terpaksa menderita seorang diri dan dilarang berkahwin, ataupun mungkin akan diceraikan sekiranya dia sudah berkahwin. Mangsa rogol juga mungkin berasa "kotor" ataupun berasa bahawa dia yang bersalah.

Proses penghukuman perogol biasanya dihalangi oleh kesan-kesan psikologi yang lebih kurang sama. Mangsa-mangsa kerapkalinya berasa malu apabila mereka ingin mewajahkan apa yang terjadi (terutamanya, jika mangsa perempuan dikena melaporkan kejadian kepada pegawai lelaki). Tambahan lagi, soalan-soalan sensitif dan pemeriksaan perubatan yang diperlu untuk pendakwaan akan menyebabkan mangsa tidak selesa. Di masyarakat-masyarakat yang tidak mengakui kaum perempuan sebagai penduduk-penduduk yang setanding dengan kaum lelaki, proses ini akan memberatkan lagi kepayahan mangsa-mangsa wanita.


Langkah-langkah pencegahan awal jenayah rogol

Di Malaysia pada tahun 2003, lebih kurang 4 kes rogol berlaku setiap hari. Sebab tu apabila media melaporkan ada kes rogol setiap hari, ia bukan bermaksud sekarang musim rogol. Tetapi sebenarnya memang setiap hari ada berlaku kes rogol. Sama ada ia dilaporkan atau tidak sahaja oleh akhbar. Ingat, ini kes yang dilaporkan dan kita tidak tahu berapa banyak lagi kes yang tidak disenyapkan oleh mangsa.

Entry kali ini tidak berkisar kepada hukuman apa yang wajar. Tetapi apa yang Islam sudah suruh pada semua, baik wanita, lelaki, keluarga dan keseluruhan anggota masyarakat. Sebagai langkah pencegahan awal ä°‡enayah rogol.

1. Wanita seharusnya keluar berteman. Peringatan ini sudah jelas disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Jangan keluar melainkan dengan mahram. Ini bermaksud, mak bapak perlu main peranan penting. Apa kejadahnya kalau mak bapak buat tak kisah anak dara keluar seorang diri. Mahu cari nahas? Yang pelik, bila kita bangkitkan hal ini, maka bertalu-talulah disebut Islam mengongkong kebebasan wanita. Kenapa pada zaman moden ini masih perlu begitu? Wanita moden sudah pandai berdikari dan menjaga keselamatan diri. Barangkali sudah lihat anak dirogol baru mahu menyesal?

2. Jangan keluar dating walaupun dengan boyfriend dan tunang. Ini juga sudah disebut dalam hadis. Kalau dating, orang ketiga adalah syaitan. Tapi kadang-kadang mak bapak buat tak kisah lagi-lagi kalau yang ajak keluar tu tunang anak dia. Anak-anak memang lah suka. Apa kejadahnya kalau baru bertunang sudah dianggap dapat lesen besar. Sudah terusik dan ditinggalkan baru menangis tidak berlagu. Laporan All Women Society (AWAM) dalam satu buku bertajuk The Rape Report: An Overview of Rape in Malaysia (2002) menyebut daripada 6 jenis kes rogol, 2 daripadanya berpunca dari perjumpaan pasangan lelaki-perempuan (kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri untuk berbuat seks ataupun ditipu. Kalau tak keluar dating dari awal, sudah tentu perogolan tidak berlaku.

3 . Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila sudah mencapai umur mumaiyyiz. Ini juga disebut dalam hadis. Sebab itu rumah yang terbaik dalam Islam paling kurang ada 3 bilik tidur. Sebab antara kes rogol yang berlaku juga melibatkan adik-beradik dan juga si bapa dan datuk yang meletakkan otak dan akal mereka di kepala lutut. Pemisahan tempat tidur ini juga sebagai langkah awal membasmi dan mencegah kes-kes sumbang mahram.

4. Tidak memakai pakaian yang seksi, ketat lagi menggiurkan. Orang yang memakai pakaian begini adakalanya bernasib baik kerana tidak dirogol. Tetapi pemakaian mereka merangsang sesetengah orang untuk melakukan rogol. Bayangkan, kalau keluar KL sahaja seorang lelaki akan lihat puluhan malah ratusan perut, pusat dan peha-peha gebu sudah tentu kalau nafsu tidak dibendung, mangsa-mangsa yang lemah akan menjadi sasaran. Kan baik kalau wanita-wanita ini berpakaian menutup aurat serta melabuhkan pakaian mereka. Lelaki yang kuat nafsunya pasti akan dapat dibantu secara tidak langsung. Walaupun para ulama mengatakan di hadapan mahram batasan auratnya longgar, tetapi para ibu seharusnya mengingatkan janganlah membenarkan anak-anak perempuan ini memakai seluar pendek ketat dan baju fit di hadapan datuk,bapa, pakcik dan abang serta adik lelaki kerana lelaki ini nafsunya adalah terhadap perempuan. Bila nafsu menguasai diri, sudah tentu anak atau cucu sendiri pun dikerjakan sampai mati.

5 . Isteri jangan tolak permintaan suami untuk 'bersama'. Di barat, ada undang-undang karut disebut marital rape. Suami merogol isteri. Apa kejadahnya undang-undang ini. Benar, wanita itu bukan simbol seks dan tempat pemuas nafsu suami sahaja. Tetapi pada masa yang sama kena ingat, kalau bukan pada isteri si suami mahu melepaskan hajat, pada siapa lagi? Dari satu sudut lelaki memang perlu bertolak ansur. Kalau isteri penat, datang haid, baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Islam, memang lah tak patut bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Itu memang kejahilan suami dalam mengetuai bahtera. Tetapi kalau tidak ada sebarang sebab untuk menolak, maka kalau diminta oleh suami maka jangan ditolak. Ini juga disebut dalam hadis-hadis dalam bab perkahwinan. Permasalahan ada mood atau tidak, maka ia perlu dirujuk pada yang pakar bagaimana mahu dapat mood itu kembali, tetapi jangan sampai mengabaikan kehendak suami.

6. Menutup pintu-pintu maksiat. Segala benda yang mengundang berahi manusia maka janganlah dibenarkan. Video lucah. Majalah lucah. Artis terkangkang. Artis tunjuk buah dada. Artis tayang seluar dalam. Dan pelbagai lagi bahan yang boleh mendorong maksiat. Kadang-kadang bila mahu mencapai majalah di kedai-kedai mamak, kelihatan majalah-majalah blue ini dengan mudah boleh didapati. Marilah kita sama-sama melakukan apa yang Islam suruh buat. Memang perogol itu jahat, tetapi kalau kita sendiri sama-sama menyumbang jasa untuk membangkitkan nafsu perogol ini apa ceritanya pula? Tindakan mahu meminda seksyen 376 Kanun Keseksaan kepada hukuman mandatori adalah baik. Tetapi kalau terus kembali kepada apa yang syariah mahukan adalah lebih baik lagi.

No comments:

Post a Comment